Pada tahun 2020 ini, ketika seluruh dunia dilanda virus Covid-19 sekarang ini. Dunia seakan-akan memaksa kita untuk jadi lebih maju. Lebih maju dengan kita terpaksa keluar dari norma biasa terutama sekali bagi para peniaga. Antara yang paling terkesan, tak lain tak bukan ialah peniaga makanan. Jika dulu bebas berniaga di kedai atau di jalanan, akan tetapi sekarang perkara tersebut terhalang kerana PKP atau perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Alhamdulillah semakin longgar, walaubagaimanapun kenyataan yang kita terpaksa terima iaitu norma biasa sudah bertukar. Kita terpaksa mengggunakan apa cara sekalipun untuk terus bertahan.

Tidak dinafikan perniagaan makanan ketika sangat laris kerana masing-masing hanya menumpukan perbelanjaan mereka pada makanan. Orang ramai mungkin tidak lagi membeli barangan kehendak lain, tetapi makanan iaitu salah satu keperluan permintaan menjadi semakin tinggi. Walaubagaimanapun, sedar atau tidak sedar, bertambahnya peniaga makanan ketika ini, dek kerana mereka yang sebelum ini mencari rezeki dengan bekerja terpaksa berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Lebih menyedihkan, ada diantara peniaga tegar yang tidak dapat bersaing dengan peniaga-peniaga baru kerana sebelum ini tidak pernah terdedah dengan cara meniaga online ketika ini. Yang sudah biasa dengan media social, pasti akan menggunakan sepenuhnya ketika ini.

peniaga makanan

ANDA SEDAR TAK? SITUASI PERNIAGAAN MAKANAN KETIKA INI SEBEGINI :

 

  1. Peniaga di restoran besar terutamanya Fast Food, jualan bertambah kerana diberi keizinan untuk berniaga. Malah mereka, mempunyai infra dan sokongan yang baik atau yang lebih jelas dari segi system jualan dan penghantaran makanan oleh GRAB, FOOD PANDA dan sebagainya.

2. Peniaga kecil-kecilan yang biasanya berniaga di jalanan pula kini terpaksa bersaing dengan peniaga baru atau dengan mereka yang sebelum ini sudah biasa berniaga dari Rumah. Persaingan ini jelas kita lihat di media sosial seperti di group-group fb yang penuh dengan iklan-iklan mereka. Sehinggakan posting-posting dari group jenaka pun akan kita lihat komen yang menjual makanan. Tidak dilupakan komen-komen seperti “ ORANG BERNIAGA TAK BOLEH MALU, KOMEN 10 GAMBAR NIAGA ANDA KAT SINI”. Beribu-ribu komen kita lihat di post seperti itu walaupun kita sendiri tahu ia tidak berkesan dan ia hanya menampakkan status fb orang yang memulakan posting tersebut.

 3. Peniaga kecil dengan cara jualan tidak sistematik, pasti ketinggalan ketika ini. Posting-posting di group-group fb pasti akan berlalu pergi, setiap hari kena post, kadang-kadang tak ada respon langsung. Masakan yang dimasak, terbuang begitu sahaja. Profile fb juga dipenuhi dengan gambar-gambar barangan jualan, disusuli dengan share post jenaka atau filem terkini dan sebagainya. Bolehkan bakal pembeli jelas dengan apa yang anda tawarkan?

4. Sebenarnya perniagaan yang tidak sistematik sekarang ini hanya menumpukan jualan pada lingkungan kecil seperti keluarga sendiri, rakan-rakan, rakan-rakan fb dan lain-lain. Sedar kan?

peniaga makanan

ANDA PERLU TERIMA KENYATAAN

Kenyataan yang mungkin sedikit pahit untuk ditelan iaitu anda perlu terima yang keadaan sudah berubah. Anda perlu survive dengan situasi ini Dalam masa yang sangat panjang. Situasi ini mungkin akan berlarutan sehingga setahun atau 2 tahun. Dan kita tak boleh mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Bantuan yang digembar-gemburkan pun masih tak muncul tiba.

Kenyataan kedua yang anda harus terima adalah anda perlu buat pelaburan yang bijak ketika ini.

 

SOLUSI PALING BAIK ADALAH MELABUR

Jangan salah sangka. Saya tidak maksudkan pelaburan saham atau forex. Pelaburan tersebut adalah pelaburan Dalam bentuk ilmu ataupun sistem bisnes anda. Anda memang tak ada pilihan lain.

JIka anda tak suka melabur untuk orang bina sistem bisnes anda, anda perlu laburkan untuk dapatkan ilmu dan bina sendiri sistem bisnes anda.

Pelbagai sistem yang anda boleh bina untuk bisnes anda. Apa yang saya ingin highlight pada hari ini cuma berkenaan bagaimana anda nak pastikan jualan anda sistematik seperti di kedai, gerai sebelum ini.

Bagaimana anda nak pastikan Pelanggan mudah untuk terima dengan jelas tentang produk yang anda tawarkan, bagaimana bisnes anda berfungsi dan yang paling penting bagaimana nak dapatkannya.

 

ANDA MASIH SELESA DENGAN CARA SEKARANG?

Serius la anda masih selesa dengan buat posting-posting hari-hari di group fb dengan harapan orang ramai akan whatsapp/call anda. Dengan harapan orang akan add fb anda. Bila dah add, anda harap orang akan mencari satu-satu di fb profile anda tentang apa yang anda jual?

KAMI ADA SOLUSI UNTUK ANDA

Khas buat peniaga makanan, kami ada solusi untuk anda. Solusi ini inshaa ALLAH bakal menjadi persediaan yang kuat untuk anda meneruskan kelangsungan bisnes anda dan menghadapi norma baru dalam perniagaan anda. Jika keadaan sudah pulih, ia akan jadi nilai tambah pada perniagaan anda. Pelaburan yang sangat bernilai.

Anda boleh baca solusi yang kami maksud kan, dan terus buat sendiri atau upah kami untuk tolong anda. Solusi tersebut anda boleh baca disini : SOLUSI TERBAIK UNTUK PENIAGA MAKANAN MENGHADAPI SITUASI SEMASA DAN SELEPAS COVID-19

ONLINE-KAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG!

Online-kan perniagaan dan jenamakan 'brand' anda di internet sekarang dengan kami. Upah kami buat website profesional anda harini.

Idea Menarik Untuk Peniaga Makanan Semasa Dan Selepas Gelombang Covid-19

Selamat Sejahtera semua. Ini adalah idea menarik untuk peniaga makanan online. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang solusi terbaik untuk peniaga makanan menghadapi situasi semasa dan selepas covid-19 ini, kami ingin ingatkan sesuatu pada anda semua....

Alternatif Baru Untuk Peniaga Makanan

Pada tahun 2020 ini, ketika seluruh dunia dilanda virus Covid-19 sekarang ini. Dunia seakan-akan memaksa kita untuk jadi lebih maju. Lebih maju dengan kita terpaksa keluar dari norma biasa terutama sekali bagi para peniaga. Antara yang paling terkesan, tak lain tak...

Jenamakan Diri Anda Dengan Laman Web

Website dan penjenamaan memang tak dapat dielakkan lagi. Antara fungsi utama website adalah untuk menaikkan jenama anda. Tak kiralah jenama dari segi perniagaan ataupun diri sendiri. Untuk posting kali ini kita akan bincang-bincang berkenaan dengan penjenamaan diri...

Terpaksa Tutup Bisnes Sebab Tak Ada Website

Ini kisah benar tentang Azman. Azman kawan baik saya yang memang sangat rajin. Sebelum Azman rapat dengan saya di ada kisah silam yang sangat perit melibatkan perniagaan yang di jalankannya. Saya kongsikan kisah Azman ini sebagai pedoman pada pemilik bisnes di luar...

Tak ada produk sendiri pun patut ada website

'Saya tak ada produk sendiri, meniaga barang orang je.Tak perlulah website ni'. Ini mungkin kata hati anda yang berniaga guna platform online. Posting kali ini kami tujukan khas buat ejen dropship atau ejen produk di Malaysia yang saya kami rasa ketika ini sedang...

Semua Orang Perlu Ada Website Sendiri?

Website atau laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing pada zaman teknologi kini terutama kita sekarang sudah di tahun 2020. Ramai di antara kita yang dah sedar atau tahu yang website merupakan suatu tools atau platform yang sangat penting. Dunia kita pada hari...