FAQ – SOALAN LAZIM

Anda boleh rujuk segala persoalan anda di sini. Hubungi kami untuk sebarang kemuyskilan.

BERAPA LAMA AMBIL MASA UNTUK SIAP?

Anda cuma perlu bagi kami masa untuk 14 hari untuk menyiapkan website anda. Banyak proses yang terpaksa kami lalui untuk menyiapkan sesebuah website. Dimulai dengan mengumpul data & maklumat dari anda. Kemudian baru la bermula proses design dan develop website. Setelah selesai kami perlu uji terlebih dahulu sistem yang telah dimasukkan. Kemudian serahkan pada anda dalam keadaan yang baik.

SIAPA YANG PATUT SEDIAKAN 'CONTENT' ATAU AYAT JUALAN?

Selepas mengumpul maklumat dari anda kami akan analisa maklumat yang penting untuk website anda. Jika hanya ayat jualan biasa, serahkan kepada kami. Walaubagaimanapun, anda perlu bersiap sedia dengan info-info penting untuk kami masukkan nanti. Contohnya, jika ia produk sendiri, berikan segala info mengenainya termasuklah gambar dan sebagainya.

SAYA BOLEH CUSTOM IKUT WEBSITE YANG SAYA NAK?

Kalau hendak dikira, pakej untu custom website memang kami tak sedia kan. Sebab ia mengambil masa yang lama dan kos juga haruslah berbeza. Akan tetapi, bagi memberikan servis yang terbaik pada semua pelanggan kami, kami akan cuba untuk sesuaikan sistem yang kami ada dengan kehendak anda. Rasanya apa yang kami tawarkan sudah cukup baik untuk sesebuah website. Jangan risau, anda pasti akan dapat website seperti yang anda idamkan dengan kami.

KALAU WEBSITE DAH SIAP SAYA TAK PUAS HATI MACAM MANA?

Anda perlu tahu yang kami sangat mengutamakan pelanggan kami. Jika website yang telah siap tidak menepati citarasa anda kita boleh berbincang untuk penambahbaikkan. Kami juga memberikan JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN dalam masa 7 hari selepas website telah disiapkan jika anda tidak berpuas hati dengan hasil yang telah kami berikan.

SAYA NAK HIRE TUAN JAGA WEBSITE SAYA. TAPI NAK BAYAR BULANAN BOLEH?

Seperti yang telah kami maklumkan di sini : SERVIS TAMBAHAN  , anda perlu membayar servis kami dengan bayaran penuh. Kami tidak menerima bayaran bulanan. Servis tambahan itu tugas kami hanyalah untuk maintain dan bantu anda uruskan website anda sahaja. Jika anda ingin bayar secara bulanan, mungkin anda boleh hire staff anda untuk menjalankan tugas tersebut. Lebih jimat.   

SERVIS SEO MACAM MANA YANG DI JANJIKAN?

Servis SEO mengikut pakej yang telah ditetapkan. Untuk Basic SEO, kami akan setup premium seo tools untuk memudahkan kerja-kerja On page SEO anda nanti. Tutorial akan diberikan kepada anda. Mudah dan senang. Untuk Advance SEO, kami akan lakukan On Page SEO, Site Audit dan juga beberapa lagi teknik SEO yang memastikan website anda mudah dijumpai untuk bakal pelanggan anda.

SAYA TAK ADA LAPTOP/COMPUTER. MACAM MANA SAYA NAK URUS WEB SAYA NANTI?

Untuk web niaga atau basic e-commerce. Kami akan hubungkan segala maklumat ke telefon bimbit(android) anda. Anda boleh terus edit,update produk anda hanya melalui handphone sahaja. Anda juga boleh akses segala tempahan dari pelanggan anda melalui telefon sahaja. Best kan?Walaubagimanapun, kerja-kerja website lebih mudah untuk dijalankan menggunakan pc atau laptop.

KALAU DAH ADA DOMAIN & HOSTING SENDIRI BOLEH?

Ya, boleh. Jika anda mempunyai domain & hosting sendiri kami boleh terus guna dan bina website anda menggunakan hosting dan domain sedia ada.

DOMAIN & HOSTING SIAPA YANG URUSKAN?

Untuk pakej yang kami tawarkan. Domain dan hosting kami uruskan. Untuk makluman anda, kami menggunakan Litespeed LSCache dari ServerFreak, antara web hosting yang terbaik dan terpantas. Lihat hasilnya nanti.

WHATSAPP KAMI

Jika anda masih mempunyai soalan atau apa-apa pertanyaan lagi, anda boleh terus menghubungi kami. Team kami siap sedia untuk membantu anda.