e-commerce website malaysia
Posted by: pakukarat Comments: 0

Selamat Sejahtera Semua. Sepertimana yang semua maklum, dunia sekarang ini sedang dilanda gelombang virus Covid-19. Gelombang luar biasa sudah menggugat pelbagai industri perniagaan, tak kiralah perniagaan kecil-kecilan mahupun yang besar.

Walaubagaimana, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Hikmah yang jelas kita nampak sekarang ini ialah fenomena ecommerce di seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak terkecuali.

Kami di Sayanak.Website seperti mana yang anda tahu menjalankan servis permbinaan dan pengurusan website sejak kebelakangan ini sering mendapatkan permintaan daripada pelanggan-pelanggan untuk menghasilkan website e-commerce. Fenomena website e-commerce di Malaysia sebenarnya sudah lama. Sejak tahun 2003 lagi. Kami sendiri sudah menggunakan website ecommerce untuk pelbagai rangkaian bisnes kami sejak 2007 lagi. Alhamdulillah ia masih boleh bertahan sehingga harini. Kenapa ia boleh bertahan? Kita akan bincang nanti.

E-COMMERCE WEBSITE MALAYSIA

Ramai mungkin menganggap website e-commerce hanya seperti lazada, shopee, lelong dan sebagainya. Ia memang antara e-commerce. Kerana apa sahaja laman web yang menjalankan perniagaan di internet dan jual-beli berlaku di web tersebut (pembayaran online di website)  kita sebut sebagai e-commerce website. Sebenarnya website-website tersebut kita lebih kenali mereka sebagai marketplace. Operasi yang di gunakan adalah dengan menawarkan platform untuk peniaga-peniaga membuka kedai di dalam website mereka dan menjalankan perniagaan di website mereka. Ia sama seperti sebuah pasaraya yang selalu pergi, Mid Valley, Sunway Pyramid dan sebagainya.

 

Jika di pasaraya atau Mall, mereka menawarkan peniaga kedai (shop lot) atau booth, dan pasaraya tersebut mengenakan sewa. Platform ecommerce marketplace seperti lazada dan shopee juga seperti itu. Akan tetapi sewa kedai tersebut ditukarkan kepada charge yang berbeza. Beberapa peratus dari setiap jualan peniaga, adalah milik mereka. Kerja mereka adalah membuat kerja-kerja marketing untuk menarik sebanyak mana traffic atau pelanggan ke platform mereka. Sama juga seperti pasaraya.

Jualan di marketplace seperti ini memang sangat menguntungkan, kerana melaburkan kos yang banyak untuk menarik traffic ke sana. Walaubagaimanapun, setiap sesuatu itu pasti ada baik dan buruknya.

Peniaga yang hanya menumpukan jualan mereka di sana dengan mengabaikan ‘jenama’ mereka pasti akan merasakan standard barangan mereka menurun. Ini kerana mereka terpaksa bersaing dengan barangan-barangan murah dari China yang sudah semestinya berlambak-lambak di jual disitu. Kebanyakan peniaga tersebut terpaksa menurunkan harga untuk bersaing dengan barangan dari China. Bagi mereka yang berniaga barangan dari China pula, itu boleh dikatakan syurga bagi perniagaan mereka.

NASIHAT KAMI UNTUK PENIAGA

Jangan abaikan untuk kembangkan jenama anda. Anda wajib ada website sendiri untuk kembangkan jenama anda dan pastikan jualan dan jenama anda seiring. Semakin banyak sales, semakin ramai kenal jenama anda dan semakin bernilai jenama anda. Bukan sebaliknya sehingga terpaksa untung sedikit untuk bersaing di sana. Bak kata salah seorang rakan kami yang berniaga di sana, jika untung RM1 pun tapi 3,000 orang membeli, dah untung Rm3000. Akibatnya, barang tak kekal lama, jenama tak kekal lama dan terpaksa mencari barangan lain untuk buat jualan.

SIAPA YANG PERLUKAN WEBSITE ECOMMERCE PADA WAKTU INI

Mereka yang perlukan website e-commerce sudah semestinya mereka yang memjual pelbagai jenis barang atau produk. Atau mungkin produk yang mereka jual terdiri dari banyak jenis atau versi. Contohnya :

  • Penjual barangan kosmetik
  • Penjual baju, kasut, tudung atau jam.
  • Pemborong apa sahaja produk.
  • Ejen yang mempunyai pelbagai jenis produk.
  • Ejen dropship pelabagai produk.
  • Dan lain-lain lagi

Senang cerita, mereka yang perlukan website ecommerce adalah mereka yang perlukan satu platform untuk pamerkan dan buat jualan dengan lebih sistematik dan teratur. Anda boleh atur stok dengan mudah, dapat menjalan ‘kempen promosi’ yang lebih berkesan dan juga mereka yang ingin mudahkan kerja-kerja ‘close sales’ juga amat memerlukan web e-commerce.

KAMI JUGA MEMPUNYAI BEBERAPA RANGKAIAN NIAGA YANG MENGGUNAKAN KONSEP E-COMMERCE WEBSITE.

Berdasarkan pengalaman menguruskan website e-commerce lebih dari 10 tahun, apa yang boleh saya katakan adalah, mempunyai website e-commerce lebih jimat dan menguruskannya lebih mudah dari menguruskan kedai. Kami hanya perlukan store untuk menyimpan stok yang ada sahaja.

Sebab itu juga lah website e-commerce sekarang sudah jadi fenomena. Permintaan peniaga yang nak membina website e-commerce semakin tinggi terutama sekali ketika waktu PKP sekarang. Dan rata-rata yang sudah mempunyai website e-commerce sebelum ini tidak sangat terkesan dengan Pkp yang dijalankan oleh kerajaan kerana memang kebanyakan peniaga tidak beroperasi di kedai dan website mereka itulah kedai mereka yang sebenar-benarnya. Ikuti perkongsian kami seterusnya iaitu berkenaan CIRI-CIRI WAJIB WEBSITE E-COMMERCE YANG PERLU ADA UNTUK PASTIKAN JUALAN LANCAR & TUTORIAL LENGKAP MENGHASILKAN WEBSITE E-COMMERCE.

Online-kan perniagaan dan jenamakan ‘brand’ anda di internet sekarang dengan kami. Upah kami buat website profesional anda harini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!