Selamat Sejahtera semua. Ini adalah idea menarik untuk peniaga makanan online. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang solusi terbaik untuk peniaga makanan menghadapi situasi semasa dan selepas covid-19 ini, kami ingin ingatkan sesuatu pada anda semua.

  1. Situasi yang kita hadapi sekarang akan berpanjangan dan tak akan pulih dalam masa singkat. Anda perlu bersedia jika anda ingin terus bertahan.
  2. Solusi yang kami akan bincangkan ini sangat tidak sesuai untuk anda yang tak serius untuk meneruskan kelangsungan bisnes anda.
  3. Solusi yang kami kongsi adalah berkenaan pembinaan website iaitu memang kepakaran kami sekian lama dalam bisnes online. Anda boleh upah kami bina website anda atau anda boleh guna idea yang kami kongsi ini dan buat sendiri.

Sepertimana yang kita tahu, kebanyakan syarikat sekarang hanya beroperasi di rumah sahaja (work from home). Dan ada syarikat yang telah selesa dan percaya sebenarnya mereka tidak perlukan office/ kedai pun dan mampu beroperasi terus dari rumah tanpa perlu menghabiskan kos sewa kedai dan sebagainya. Ini adalah kerana mereka telah laburkan untuk pembinaan sistem bisnes mereka. Sama ada dari segi sistem jualan, pemasaran dan sebagainya.

Tumpuan kami hari ini adalah untuk peniaga makanan yang sebelum ini berniaga di kedai, atau gerai.

idea menarik untuk peniaga makanan semasa dan selepas gelombang covid-19

MASALAH BERNIAGA MAKANAN ONLINE HARI INI

  1. Peniaga makanan sekarang banyak menumpukan pemasaran mereka di media sosial seperti facebook dan Instagram. Rata-rata hanya menumpukan soal pemasaran tanpa menghiraukan platform untuk Pelanggan mereka tuju.

JIka dahulu berniaga di kedai, anda buat iklan di facebook dan Pelanggan datang ke kedai. Jualan anda memang mudah sebab 70% perjalan bisnes anda berlaku di kedai. Tetapi, harini dah berubah. Iklan di facebook, Pelanggan hendak tuju ke mana?

Platform inilah yang bakal kami bincangkan pada anda semua.

 

  1. Pelanggan tak nampak dengan jelas barang yang anda tawarkan.

Jika anda sebelum ini berniaga makanan seperti lauk-pauk dan sebagainya. Masakan anda mungkin ada lebih dari 20 jenis lauk berserta sayuran. Bayangkan anda longgokan semua itu di facebook?

Kemudian, anda boleh bayangkan bagaimana Pelanggan nak pilih lauk-pauk yang mereka nak tu? Susah bukan?

Mungkin solusi anda ialah, minta pelanggan call/whatsapp anda. Kemudian ada bagi list lauk pauk yang ada atau anda hantar gambar masakan anda yang ada sampai 20 jenis tu. Serius la tuan-tuan. Ok ke macam tu?

 

  1. Pelanggan tak jelas macam mana nak buat tempahan. Tempahan yang pelanggan buat mengelirukan atau pelanggan sendiri yang keliru. Ada kala merugikan anda.

Dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi oleh peniaga makanan sekarang ini.

website untuk meniaga makanan online

WEBSITE UNTUK PENIAGA MAKANAN

Hari ini, solusi yang terbaik yang kami Nampak ialah, setiap peniaga makan perlu ada website sendiri. Website yang memudahkan jualan, memudahkan untuk pelanggan buat pesanan.

Inilah masa yang tepat untuk anda laburkan masa anda untuk meneruskan kelangsungan bisnes makanan anda sekaligus memperkembangkannya lagi setelah tamat gelombang covid-19 yang melanda kita ketika ini. Inilah hikmah dari kenyataan yang kita patut terima. Gunakan kesempatan yang ada untuk anda selesaikan masalah yang dihadapi. Tak kiralah anda ingin gunakan masa yang ada untuk belajar buat website sendiri, ataupun anda boleh upah buat website anda dengan mana-mana web designer yang ada. Kami juga ada menawarkan servis buat website untuk mereka yang berminat.

Sebelum itu, jom kita bincang lebih lanjut tentang solusi yang ada ketika ini. Kami telah hasilkan satu website contoh khas untuk peniaga makanan yang berniaga online dari rumah. Website contoh yang kami bina ini memfokuskan pada design yang ringkas dan operasi tempahan yang sesuai dengan peniaga makanan kecil-kecilan iaitu order terus ke whatsapp anda.

LIHAT WEBSITE UNTUK PENIAGA MAKANAN ONLINE DI SINI : WEB CONTOH UNTUK BERNIAGA MAKANAN

Anda boleh klik ke website yang kami hasilkan tersebut dan cuba buat tempahan. Website tersebut hanya contoh sahaja. Design yang digunakan hanya tangkap muat. Fokus kami untuk anda lihat bagaimana dia beroperasi.

 

APA MANFAAT WEBSITE UNTUK NIAGA MAKANAN ONLINE?

1. Bayangkan jika anda menjual nasi berlauk, dan anda ada 20 jenis lauk pauk. Website tersebut bakal menjadi kedai anda. Anda boleh pamerkan segala lauk pauk yang ada dengan lebih teratur dan pelanggan mudah untuk memilih makanan yang anda tawarkan.

 

website untuk peniaga makanan

2. Modus Operandi peniaga makanan online biasanya menggunakan khidmat Cash On Delivery, jadi website tersebut menggunakan konsep tempahan ke whatsapp anda. Jadi mudah untuk anda siapkan pesanan dari pelanggan anda.

 

meniaga makanan online

3. Gunakan link website anda untuk segalanya tentang bisnes anda. Anda boleh gunakan ia untuk mudahkan pelanggan memilih produk anda atau anda juga boleh gunakan di setiap iklan anda untuk menarik pelanggan ke website anda.

4. Apabila pelanggan ke website anda, website anda sudah dipasangkan dengan FB PIXEL untuk anda buat iklan berbayar di facebook. Jadi, anda boleh gunakan kesempatan tersebut untuk buat iklan nanti. Tak perlu modal besar, hanya target pada kawasan terdekat anda sahaja. Kawasan yang anda mampu untuk C.O.D.

5. Website tersebut sudah dihubungkan( link) ke Fb page anda. Jadi segala yang anda masukkan di website, akan terlihat di Fb Page di bahagian Tab “Shop”. Pelanggan di facebook juga mudah untuk membuat tempahan.

Note : Jika anda menjual makanan ringan atau makanan yang boleh di pos, ini lebih seronok jika digabungkan dengan payment gateway. Pelanggan terus bayar di website.

6. Jangan terhenti di situ sahaja. Gunakan kesempatan yang ada untuk kembangkan jenama anda. Semakin ramai orang kenal, semakin kuat jenama anda.

 

meniaga makanan di facebook

7. TIPS BONUS UNTUK PENIAGA MAKANAN, sewaktu anda C.O.D makanan anda. Minta pelanggan anda war-warkan website anda pada rakan-rakan yang lain sebagai tanda sokongan. Anda juga boleh tawarkan pelanggan untuk langgan makanan anda untuk seminggu atau sebulan dengan harga diskaun. Sekali bayar, setiap hari anda hantar. Bayangkan kalau pelanggan yang anda jumpa tu di office tempat dia bekerja. Silap-silap dia tolong order untuk satu office terus. Yelah kan, time pkp ni tak banyak kedai yang buka macam hari biasa. Nak keluar pun susah.

8. Jangan lupa war-warkan pada pelanggan setia anda sebelum ini yang anda kini beroperasi secara online di www. xxx. com ketika kedai atau gerai anda tutup.

9.  Sebagai tambahan, daftar juga lokasi perniagaan (work from home, mesti la dari rumah kan ) di google maps dan link ke website anda. Orang di kawasan anda lebih mudah untuk nampak dan beli makanan dari anda.

servis buat website

Macam-macam lagi yang anda boleh buat jika anda sudah memiliki platform online iaitu website. Website ini macam kedai anda di offline. Malah bisnes yang tak dionlinekan sekarang ini seolah-olah tidak wujud. 

Buatlah keputusan yang bijak. Gunakan kesempatan yang ada ini untuk laburkan masa anda kepada sebagai persediaan anda untuk menghadapi cabaran yang lebih getir di masa depan.

Nak kami bantu anda bina website untuk perniagaan anda? Lebih banyak tips dan tunjuk anda ajar akan kami berikan kepada anda yang membuat tempahan dengan kami sekarang. rujuk link di bawah untuk maklumat lanjut. Selamat Maju Jaya.

ONLINE-KAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG!

Online-kan perniagaan dan jenamakan 'brand' anda di internet sekarang dengan kami. Upah kami buat website profesional anda harini.

Idea Menarik Untuk Peniaga Makanan Semasa Dan Selepas Gelombang Covid-19

Selamat Sejahtera semua. Ini adalah idea menarik untuk peniaga makanan online. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang solusi terbaik untuk peniaga makanan menghadapi situasi semasa dan selepas covid-19 ini, kami ingin ingatkan sesuatu pada anda semua....

Alternatif Baru Untuk Peniaga Makanan

Pada tahun 2020 ini, ketika seluruh dunia dilanda virus Covid-19 sekarang ini. Dunia seakan-akan memaksa kita untuk jadi lebih maju. Lebih maju dengan kita terpaksa keluar dari norma biasa terutama sekali bagi para peniaga. Antara yang paling terkesan, tak lain tak...

Jenamakan Diri Anda Dengan Laman Web

Website dan penjenamaan memang tak dapat dielakkan lagi. Antara fungsi utama website adalah untuk menaikkan jenama anda. Tak kiralah jenama dari segi perniagaan ataupun diri sendiri. Untuk posting kali ini kita akan bincang-bincang berkenaan dengan penjenamaan diri...

Terpaksa Tutup Bisnes Sebab Tak Ada Website

Ini kisah benar tentang Azman. Azman kawan baik saya yang memang sangat rajin. Sebelum Azman rapat dengan saya di ada kisah silam yang sangat perit melibatkan perniagaan yang di jalankannya. Saya kongsikan kisah Azman ini sebagai pedoman pada pemilik bisnes di luar...

Tak ada produk sendiri pun patut ada website

'Saya tak ada produk sendiri, meniaga barang orang je.Tak perlulah website ni'. Ini mungkin kata hati anda yang berniaga guna platform online. Posting kali ini kami tujukan khas buat ejen dropship atau ejen produk di Malaysia yang saya kami rasa ketika ini sedang...

Semua Orang Perlu Ada Website Sendiri?

Website atau laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing pada zaman teknologi kini terutama kita sekarang sudah di tahun 2020. Ramai di antara kita yang dah sedar atau tahu yang website merupakan suatu tools atau platform yang sangat penting. Dunia kita pada hari...