Website dan penjenamaan memang tak dapat dielakkan lagi. Antara fungsi utama website adalah untuk menaikkan jenama anda. Tak kiralah jenama dari segi perniagaan ataupun diri sendiri. Untuk posting kali ini kita akan bincang-bincang berkenaan dengan penjenamaan diri dengan laman web atau jenamakan diri anda di internet guna website anda.

Antara mereka yang patut ada website macam ini ialah mereka yang menjalan bisnes servis seperti hartanah, takaful atau insurans, instafamous, youtuber dan lain-lain lagi. Mereka ini sangat memerlukan penjemaan diri di internet untuk meningkatkan lagi kepercayaan client mereka dan kelihatan lebih profesional.

Mungkin anda yang tergolong dalam industri ini biasa menggunakan facebook untuk penjenamaan diri anda, kali ini mari kita buka minda untuk lihat bagaimana website boleh buatkan jenama diri anda lebih luas dan boleh digunakan untuk pemasaran produk atau servis anda nanti.

 

ejen hartanah

HARTANAH / INSURANS TAKAFUL

Mereka ini terkenal dengan penjenamaan diri di facebook dengan menggunakan teknik content-content knowledge atau perkongsian ilmu. Dari pengkongsian tersebut mereka akan dapat lebih ramai followers dan secara tak langsung menjadi bakal pelanggan mereka. Motifnya sama sahaja, jenamakan diri, tukar followers kepada pelanggan.

Tetapi anda mungkin sedar reach di facebook alogaritmanya selalu berubah-ubah dan sangat terhad. Untuk jadi ‘friends’ sahaja terhad kepada 5,000 orang. Dalam 5000 orang tak semua friends yang bermutu dan tidak semua akan akses pada content anda jika mereka tidak selalu berinteraksi dengan anda sama ada komen, like dan sebagainya. Pelbagai perkara yang perlu diambil kira untuk penjenamaan di facebook. Saya tidak cakap itu tidak perlu. Tapi idea yang saya nak kongsi dengan tuan-tuan ini sebagai tambahan untuk luaskan penjenamaan diri anda atau orang selalu cakap ‘personal branding’.

Bayangkan jika anda ada website.

Anda buat penjenamaan seperti biasa di facebook personal atau fan page anda, kemudian anda link-kan laman web anda sebagai signature. Content-content anda yang menarik juga anda kongsi di Blog post anda dan setting seo cantik-cantik. Sekali sekala share content yang ekslusif atau premium dari website anda. Jadi rakan-rakan atau followers akan ke website anda untuk membaca konten yang ekslusif.

Di website anda pula design website profesional lengkap dengan servis yang anda tawarkan. Kalau boleh detailskan segalanya di sana supaya anda tak perlu lagi nak close sales client di whatsapp panjang-panjang. Jika client perlu info, pointkan sahaja mereka ke website anda. Pastikan anda dah pasang ‘fb pixel’ anda supaya anda boleh retarget semua pelawat yang ke website anda menggunakan Fb Ads nanti.

Bayangkan proses yang bersahaja ini sahaja mampu untuk meningkatkan jenama anda dan sekaligus boleh digunakan untuk kempen pemasaran anda.Itu belum lagi di integrasikan dengan email marketing, youtube dan lain-lain lagi.

Dengan adanya website anda sendiri, semua itu tidak menjadi masalah. Sebab anda boleh optimasikannya di website anda. Anda boleh minta followers yang ke website anda untuk subscribe email & youtube anda. Kempen Email marketing boleh dilancarkan secara berkala menaikkan lagi jenama anda. Nama anda pasti sentiasa dalam ingatan mereka. Kemudian gabungkan perkongsian anda tentang kepakaran atau servis yang anda tawarkan di youtube. Segala info bertulis juga boleh dijadikan content di youtube anda.

Nampak tak? Anda cuma perah idea untuk 1 tempat sahaja, tetapi boleh digunakan di banyak tempat dan channel untuk marketing anda jadi bertabah. Website sebagai platform utama untuk semua proses tersebut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh set kempen marketing mengikut kecenderungan mereka. Ini boleh dilihat dari ‘behaviour’ pelawat di website anda. Dengan meletakkan fb pixel di website anda, anda boleh jejak pengunjung di website anda dengan melihat content mana yang mereka minat, info mana yang mereka ingin sangat tahu.

Sebagai contoh, jika servis yang anda tawarkan adalah takaful atau insurans. Ada macam-macam jenis takaful yang anda tawarkan. Fb pixel di website boleh track mereka yang melihat atau klik di servis-servis tertentu. Contohnya, ada yang melihat info hibah. anda boleh gunakan maklumat tersebut dan buat kempen fb ads hibah pada orang itu sahaja. Jadi kempen pemasaran anda jadi lebih tepat dan berkesan.

Banyak lagi sebenarnya manfaat yang anda boleh dapat dari website. Tapi sukar bagi saya untuk ceritakan dengan kata-kata.

Anda boleh subscribe Channel Yotube Saya Nak Website untuk info lanjut.

takaful malaysia

YOUTUBERS / INSTAFAMOUS

 

Untuk youtubers, instafamous yang seangkatan dengannya juga, konsepnya lebih kurang sama. Motifnya juga lebih kurang sama iaitu nak luaskan lagi ‘padang untuk anda bermain’. Website boleh dijadikan platform utama anda untuk dijadikan tempat untuk persembahkan portfolio anda dan juga sampaikan info terkini contest, atau produk anda sendiri.

Saya bagi contoh mudah, Hamid Youtubers hebat. Subscribers di youtube ramai. Niche youtube Hamid adalah jalan-jalan cari makan.Nama youtube Hamid, HAMID KAKI MAKAN.

So, Hamid boleh guna domain HAMIDKAKIMAKAN.COM atau pun KAKIMAKAN.COM jika hamid berpandangan lebih luas. Iaitu gunaka jenama kaki makan untuk lahirkan lebih ramai kaki makan. Mungkin hire youtubers baru, ZARUL KAKI MAKAN.

Kemudian Hamid gunakan website untuk tunjuk portfolio, mungkin ada client yang nak khidmat hamid sebagai influencers. Hamid juga boleh gunakan website untuk buat contest pada subscibers hamid dan gunakan website untuk segalanya yang mungkin tak dapat Hamid guna di Youtube. Kemudian, set up fb pixel dan google tracking supaya mana tahu satu hari nanti Hamid ada produk sendiri dari jenama Kaki Makan. Boleh la hamid gunakan tracking tersebut untuk Hamid buat kempen marketing nanti. Mesti lebih berkesan sebab iklan yang Hamid buat fokus pada mereka yang pernah ke website Hamid. Mereka dah kenal Hamid, Hamid dah bina jenama yang baik dengan mereka.

Website tersebut juga Hamid boleh gunakan untuk memperlihatkan pakej harga untuk mereka yang nak menggunaka khidmat Hamid dan macam-macam lagi.

youtubers malaysia

Jadi, anda faham dah faham kan kenapa anda perlukan website? Banyak lagi sebenarnya yang anda boleh buat jika anda ada website sendiri. Kita akan bincangkan dari masa ke masa nanti. Bagi mereka yang berminat nak menggunakan khidmat kami, jom upah kami buat website anda, untuk yang nak kami uruskan website anda pun boleh. Harga istimewa untuk anda semua.

ONLINE-KAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG!

Online-kan perniagaan dan jenamakan 'brand' anda di internet sekarang dengan kami. Upah kami buat website profesional anda harini.

Idea Menarik Untuk Peniaga Makanan Semasa Dan Selepas Gelombang Covid-19

Selamat Sejahtera semua. Ini adalah idea menarik untuk peniaga makanan online. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang solusi terbaik untuk peniaga makanan menghadapi situasi semasa dan selepas covid-19 ini, kami ingin ingatkan sesuatu pada anda semua....

Alternatif Baru Untuk Peniaga Makanan

Pada tahun 2020 ini, ketika seluruh dunia dilanda virus Covid-19 sekarang ini. Dunia seakan-akan memaksa kita untuk jadi lebih maju. Lebih maju dengan kita terpaksa keluar dari norma biasa terutama sekali bagi para peniaga. Antara yang paling terkesan, tak lain tak...

Jenamakan Diri Anda Dengan Laman Web

Website dan penjenamaan memang tak dapat dielakkan lagi. Antara fungsi utama website adalah untuk menaikkan jenama anda. Tak kiralah jenama dari segi perniagaan ataupun diri sendiri. Untuk posting kali ini kita akan bincang-bincang berkenaan dengan penjenamaan diri...

Terpaksa Tutup Bisnes Sebab Tak Ada Website

Ini kisah benar tentang Azman. Azman kawan baik saya yang memang sangat rajin. Sebelum Azman rapat dengan saya di ada kisah silam yang sangat perit melibatkan perniagaan yang di jalankannya. Saya kongsikan kisah Azman ini sebagai pedoman pada pemilik bisnes di luar...

Tak ada produk sendiri pun patut ada website

'Saya tak ada produk sendiri, meniaga barang orang je.Tak perlulah website ni'. Ini mungkin kata hati anda yang berniaga guna platform online. Posting kali ini kami tujukan khas buat ejen dropship atau ejen produk di Malaysia yang saya kami rasa ketika ini sedang...

Semua Orang Perlu Ada Website Sendiri?

Website atau laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing pada zaman teknologi kini terutama kita sekarang sudah di tahun 2020. Ramai di antara kita yang dah sedar atau tahu yang website merupakan suatu tools atau platform yang sangat penting. Dunia kita pada hari...