Website atau laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing pada zaman teknologi kini terutama kita sekarang sudah di tahun 2020. Ramai di antara kita yang dah sedar atau tahu yang website merupakan suatu tools atau platform yang sangat penting. Dunia kita pada hari ini di kelilingi oleh media sosial, google dan sebagainya. Ia bukan sesuatu yang pelik lagi sehinggakan ada diantara kita pasti tidak senang duduk jika telefon bimbit rosak mahupun kehabisan bateri. Sebab apa? Sebab kita sangat memerlukan teknologi. Semua benda yang kita buat pasti melibatkan teknologi.

Nak pergi ke suatu tempat, kita search google dulu apa ada disana. Kalau tak tahu jalan sekalipun kita dah boleh ke mana-mana yang kita inginkan menggunakan google maps, waze dan sebagainya. Nak order makan, guna grab, lalamove, food panda. Teringin nak makan je, kita dah buka google or facebook. Suri rumah sekarang pun dah tak perlu nak sediakan pulut kuning untuk belajar memasak dengan nenek saudara di kampung. Google je suri rumah dah pandai masak. Serius! Kita memang sangat memerlukan teknologi.

WEBSITE SENDIRI

Bercakap berkenaan website pula. Mungkin ramai yang tidak perasan, website sebenarnya sudah jadi kewajipan untuk semua. Ya, semua perlukan website. Bukan saya cakap kewajipan itu sebagai wajib yang kalau tak buat berdosa tu. Tapi kalau mengikut statistik yang di buat oleh satu magazine di google, jumlah golongan yang memerlukan website dah semakin meningkat.

Website pula ada berbagai jenis dan pelbagai motif. Antara yang popular, landing site, mini site, website syarikat, ecommerce, website produk, website komuniti dan lain-lain lagi.

 

upah buat website

Antara mereka yang kami rasa sangat perlu untuk ada website sendiri adalah :

 

  • PENIAGA / ORANG BISNES

Tak kira lah apa saja pernigaan yang anda buat, anda sangat perlukan website. Ia akan jadi lebih profesional dan dipercayai. Kalau setiap orang berniaga pasti mengidamkan ada kedai atau bangunan sendiri suatu hari nanti. Orang niaga juga perlu cepat-cepat untuk ada website sendiri. Anda perlu jenamakan perniagaan anda di website. Ada domain sendiri seolah-olah anda telah ‘lock’ jenama anda dan SEO website yang baik seolah-olah anda dapatkan kedai di lokasi yang strategik. Ini yang selalu saya ulang pada client saya. Dengan teknologi sekarang, pelanggan akan akses internet untuk apa sahaja yang mereka mahukan. Sebab itulah produk-produk China yang sebahagian tidak berkualiti pun laris di internet. Jangan sedih kalau produk atau servis yang anda tawarkan sangat hebat tapi tidak dapat sambutan. Mungkin bukan sebab orang tak perlukan tapi sebab orang tak tahu atau tak pernah terjumpa anda.

Bayangkan kalau dahulu, perniagaan di sesuatu tempat hanya di ketahui oleh orang disitu sahaja. Tapi dengan teknologi sekarang kita boleh akses segala perniagaan di mana-mana sahaja. Memang rugi jika anda tak ambil peluang cepat.

 

  • KEDAI MAKAN

Pemilik kedai makan mngkin tidak merasakan website terlalu penting untuk mereka. Mungkin mereka rasakan makanan yang mereka tawarkan hanya di kedai dan tidak menyediakan servis delivery seperti restoran-restoran fast food. Tapi anda perasan atau tidak sekarang ini pelanggan di kedai makan tidak tertumpu pada orang-orang di kawasan itu sahaja. Boleh jadi pelanggan anda datang dari jauh untuk merasakan masakan anda.

Jika dahulu sebebuah kedai makan itu popular melalui cerita mulut ke mulut, tetapi sekarang ini mulut ke mulut lebih pantas melalui media sosial. Bayangkan jika ada yang sukakan servis atau makanan yang ada sediakan dan memuji di media sosial sambil meletakkan link website anda. Pasti ramai yang akan dapat akses pada yang anda tawarkan. Lebih banyak info mereka boleh dapat di website anda. Bila anda buka, makanan apa anda jual, apa promosi yang ada, dimana lokasi anda, dan macam-macam lagi. Lagi best bila anda pasang je ‘fb ads pixel’ anda boleh terus retarget pelawat-pelawat yang pernah ke laman web anda. Pasti iklan anda lebih fokus pada yang berminat kan?

Dengan situasi sekarang pula, covid-19 kawalan pergerakan, mereka yang sudah ada website pasti seronok kerana mudah untuk mereka tawarkan servis mereka. Dah boleh mudah-mudah bekerjasama dengan bungkusit atau lalamove.

 

  • PENYEDIA SERVIS

Penyedia servis kecil-kecilan biasanya akan terus menerus mencari pelanggan di media sosial seperti facebook dan instagram. Hari-hari buat iklan. Tak penat ke? Hari ini buat iklan, esok orang dah lupa. Servis seperti Workshop kereta, cuci kereta, pasang repair aircond, tukang paip, tukang elektrik, dan lain-lain lagi biasanya akan diperlukan di saat-saat yang betul-betul memerlukan. Senang cerita siapa yang dapat pelanggan waktu mereka perlukan, pasti pelanggan sanggup bayar apa sahaja upahnya. Inikan pula jika anda sendiri memang dah jenamakan perniagaan anda di internet, pasti lebih mudah pelanggan untuk akses bila memerlukan.

Pelanggan juga boleh terus akses harga yang anda tawarkan dan lebih best boleh terus bayar online je. Pelanggan boleh pilih apa saja servis yang mereka nak ikut bajet mereka.Anda juga boleh dapat payment dulu sebelum mula kerja. Bestkan?

 

  • PEMILIK PRODUK/ BISNES

Pemilik produk atau bisnes yang tidak mempunyai website sendiri saya kategorikan sebagai rugi besar! Serius rugi besar sebab apa?

Bayangkan anda ada produk anda di Offline atau facebook/Instagram. Katakan jenama anda SABUN ULAT GONGGOK di bawah nama syarikat ULAT PADU SDN BHD. Memang ramai sangat pelanggan anda ratus-ratus ribu. Tiba-tiba ada orang lain yang ingin jual barangan seperti anda. Dia pun gunakan nama yang sama juga, di ambil domain guna nama website SABUNULATGONGGOK.COM ataupun lebih dasyat guna terus nama syarikat anda ULATPADU.COM . Bayangkan tuan-tuan.. Seng-senang sahaja dia curi semua pelanggan anda. Lagi best kalau dia upah buat website profesional kemudian dia cakap sabun ulat gonggok yang anda jual itu adalah tiruan, dan yang dia jual itu original. Tak ke rugi tuan-tuan? Tuan-tuan tak boleh marah langsung. Sebab apa? Macam saya selalu ulang. Domain ada SEO seolah-olah mendapatkan Jenama dan Kedai di lokasi strategik. Rugi besar tak tuan-tuan? Anda boleh check posting saya nanti berkenaan perkara ini di sini :

> Terpaksa tutup bisnes sebab tak ada website

> Hubungan Pemilik Produk/Bisnes dan Website

 

  • EJEN PRODUK/ EJEN DROPSHIP BERNIAGA DI FACEBOOK, INSTAGRAM, SHOPEE, LAZADA

Seperti biasa ejen produk tak kiralah yang pegang produk atau ejen dropship pasti akan menumpukan perniagaan mereka di group-group facebook, instagram , shopee, lazada dan sebagainya. Saya tidak bercakap soal jualan laris atau tak. Tapi saya bercakap tentang platform niaga dan jenama anda.

Bermacam-macam produk yang anda jual, setiap masa anda iklan. Anda cakap anda meniaga online, tapi tak ada platform?

Website akan buatkan anda lebih profesional. Tak kiralah anda hanya dropship sekalipun. Jika anda ada website, anda boleh naikkan jenama anda dan ada platform sendiri.

Bercakap pasal platform, ada seorang kawan saya dulu pernah nak buat loan. Dia cakap bisnes dia maju. Bank pun tanya meniaga online platform mana? dia cakap facebook. Bank pun cakap, facebook tu channel jualan/marketing. Tuan tak ada platform? Maksud saya website?

Kesimpulannya kat sini, anda masih hanya penjual biasa sahaja selagi tidak ada platform di internet. Secara tidak sedar anda sebenarnya sedang menaikkan bisnes owner produk anda, bukan naikkan jenama atau bisnes anda. Saya bukan suruh anda buat produk sendiri. Tapi bayangkan :

Anda nama Siti. Orang panggil anda Mak Long di media sosial. Semua orang tau Mak Long jual macam-macam barang. Bayangkan jika anda ada website e-commerce yang profesional, Maklong.com. Lengkap dengan sistem pembayaran online, showcase produk yang cantik dan profesional. Bayangkan hari-hari anda buat iklan di group, point ke website anda. Orang semua ke website anda boleh cuci mata dan membeli belah disana. Paling menarik, jika produk yang anda jadi ejen sebelum ini dah ‘terlingkup sebab owner buat tahi’ , anda tak perlu risau kerana jenama anda Maklong.com bukannya Sabun susu kambing Mak Limah yang dah lingkup tu. Anda boleh terus cari produk-produk baru untuk dijual. Kan lebih profesional tu? Saya percaya kalau anda ada website sendiri,lebih banyak produk anda boleh jual dan ia lebih sistematik dan kemas.

 

  • EJEN INSURANS/ HARTANAH

Ejen Isnurans atau hartanah rata-ratanya akan jenamakan diri mereka di Media Sosial terutamanya facebook. Saya percaya anda yang jadi ejen hartanah atau insurans selalu buat perkara-perkara ini untuk orang kenal anda :

– Buat status-status popular untuk orang share ramai-ramai. Tak kira lah hanya copy paste ataupun memang dari idea sendiri. Anda pasti memerah otak setiap hari untuk buat status menarik di faceboook untuk orang komen dan share. Biasanya anda akan buat tips-tips, nasihat-nasihat dan lain-lain lagi.

– Menggunakan nama-nama manja seperti ABAM, ABIANG, SIS, AKAK HARTANAH, COACH TAKAFUL dan sebagainya sebagai jenama diri anda.

Bagi kami orang biasa yang melihat situasi ini sudah arif kalau ada dua ciri-ciri di atas pasti orang tersebut kalau dia tak buat hartanah, mesti ejen takaful. Dan terlalu ramai abam dan akak di facebook guna teknik sebegini sehingga kadang-kadang dah tak tahu nak follow yang mana.

Bayangkan jika anda boleh hubungkan Facebook anda dengan website profesional anda dan yang lain-lain lagi seperti youtube, instagram dan sebagainya dan jenamakan diri anda di google. Pasti anda lain dari yang lain. Orang tahu mana hendak dituju. Apa yang anda tawarkan. Dan status atau content berkualiti yang anda perah otak itu turut dijadikan sebagai artikel di google. Pasti lebih menarik bukan? Ya anda Abam atau sis yang lain dari yang lain. ‘Lebih besar padang anda untuk bermain’ dan lebih profesional.

Anda boleh baca posting saya selanjutnya tentang perkara ini; TIPS UNTUK EJEN TAKAFUL DAN HARTANAH

 

  • EJEN JUALAN LANGSUNG

Ejen jualan langsung seperti coway, cuckoo, amway,hai-o dan sebagainya juga sangat memerlukan website. Ini kerana bisnes servis seperti ini biasanya dari terdapat banyak pasukan atau team. Team yang berjaya jenamakan team mereka, akan lebih mudah dikenali dan mudah untuk dapat ramai pelanggan. Kenapa saya fokuskan pada golongan ini adalah kerana produk mereka baik dan diperlukan tetapi lambakan ejen buatkan kita tak tahu nak pilih yang mana.

Dengan website, macam-macam anda boleh buat. Team anda lebih ‘trusted’ dan profesional. Jenamakan team anda, lock lokasi servis anda, buat ads di facebook dan google guna pixel analytic yang ada. Pasti jualan akan meningkat. Segala promosi anda boleh terus point ke website anda. Boleh rujuk bagaimana hendak hendak gunakan website anda dengan sebaiknya di posting saya seterusnya nanti.

 

  • PENYANYI/YOUTUBER/¬†PUBLIC FIGURE

Industri ini memang suda tidak asing dengan perkataan ‘famous’. Anda perlu dikenali ata famous untuk terus cari makan. Website mungkin tak boleh baut anda jadi popular. Tapi website bakal buatkan anda bertahan lama dan guna kesempatan yang ada untuk kembangkan nama anda. Ya guna kesempatan bukan ambil kesempatan.

Industri ini mempunyai followers yang ramai. Bayangkan dengan followers yang ada, anda boleh tarik traffic ke website anda. Traffice yang ada boleh dimanfaatkan dengan pelbagai tujuan. Sama ada untuk terus promosikan diri anda atau untuk kembangkan karier anda ke dalam perniagaan dan macam-macam lagi. Anda boleh baca di sini berkenaan Fb Pixels dan Website.

Selain itu, anda juga boleh gunakan website untuk jadikan portfolio anda. Macam resume lah kan. Mereka boleh rujuk website untuk lihat apa kemampuan anda dan lain-lain lagi.

Youtuber atau instafamous pula boleh gunakan website untuk promosi, atau medium marketing. Tidak tertumpu pada 1 platform sahaja. Game jadi lebih luas.

 

  • KOMUNITI

Komuniti seperti Kawasan perumahan, apartment, alumni jika ada website pasti manfaatnya lebih besar. Banyak sangat yang boleh buat untuk website sebegini. Antaranya seperti update terkini, tabung surau , khairat kematian dan sebagainya. Kami ada buat beberapa website untuk komuniti sepeti taman perumahan dan sebagainya. Rujuk portfolio kami.

ONLINE-KAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG!

Online-kan perniagaan dan jenamakan 'brand' anda di internet sekarang dengan kami. Upah kami buat website profesional anda harini.

Idea Menarik Untuk Peniaga Makanan Semasa Dan Selepas Gelombang Covid-19

Selamat Sejahtera semua. Ini adalah idea menarik untuk peniaga makanan online. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang solusi terbaik untuk peniaga makanan menghadapi situasi semasa dan selepas covid-19 ini, kami ingin ingatkan sesuatu pada anda semua....

Alternatif Baru Untuk Peniaga Makanan

Pada tahun 2020 ini, ketika seluruh dunia dilanda virus Covid-19 sekarang ini. Dunia seakan-akan memaksa kita untuk jadi lebih maju. Lebih maju dengan kita terpaksa keluar dari norma biasa terutama sekali bagi para peniaga. Antara yang paling terkesan, tak lain tak...

Jenamakan Diri Anda Dengan Laman Web

Website dan penjenamaan memang tak dapat dielakkan lagi. Antara fungsi utama website adalah untuk menaikkan jenama anda. Tak kiralah jenama dari segi perniagaan ataupun diri sendiri. Untuk posting kali ini kita akan bincang-bincang berkenaan dengan penjenamaan diri...

Terpaksa Tutup Bisnes Sebab Tak Ada Website

Ini kisah benar tentang Azman. Azman kawan baik saya yang memang sangat rajin. Sebelum Azman rapat dengan saya di ada kisah silam yang sangat perit melibatkan perniagaan yang di jalankannya. Saya kongsikan kisah Azman ini sebagai pedoman pada pemilik bisnes di luar...

Tak ada produk sendiri pun patut ada website

'Saya tak ada produk sendiri, meniaga barang orang je.Tak perlulah website ni'. Ini mungkin kata hati anda yang berniaga guna platform online. Posting kali ini kami tujukan khas buat ejen dropship atau ejen produk di Malaysia yang saya kami rasa ketika ini sedang...

Semua Orang Perlu Ada Website Sendiri?

Website atau laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing pada zaman teknologi kini terutama kita sekarang sudah di tahun 2020. Ramai di antara kita yang dah sedar atau tahu yang website merupakan suatu tools atau platform yang sangat penting. Dunia kita pada hari...