‘Saya tak ada produk sendiri, meniaga barang orang je.Tak perlulah website ni’. Ini mungkin kata hati anda yang berniaga guna platform online. Posting kali ini kami tujukan khas buat ejen dropship atau ejen produk di Malaysia yang saya kami rasa ketika ini sedang sibuk post iklan di group-group facebook atau instagram.

Ini berdasarkan pengalaman kami sendiri. Ya, kami juga peniaga seperti anda. Mula-mula dropship, lepas tu jadi ejen produk. Sikit-sikit kumpul duit untung jadi ejen. Tapi anda perasan tak, proses ini sering berlaku dan tak berkesudahan. Biasanya yang jadi ejen dropship akan jadi ejen dropship bertukar-tukar produk. Bila produk yang diniagakan dah tak laku, tukar pula produk lain. Medium yang digunakan biasanya facebook personal page ataupun instagram. 

Anda pernah rasa benda macam saya tak? Dulu saya aktif berniaga dropship atau ejen produk ini gunakan personal page untuk menjual. Biasanya post ke group-group setiap hari. Dan proses ini kena berulang-ulang. Penat sangat. Nak buat fb ads pula tak boleh, sebab untung sikit tak dapat tampung kos ads nanti.

Kemudian, saya selalu terjumpa owner produk yang bermasalah. Maksud saya yang bermasalah ini adalah mereka yang ada produk sendiri, melantik ejen tetapi apabila bisnes mereka dah tak laku, di tinggalkan kita terkontang kanting. Bayangkan kita dah gunakan fb personal kita iklanka produk dia, lepas tu produk tu dah tak ada kat pasaran. Setahun je, ada lagi teruk 6 bulan je dah bungkus. Sembang je lebat.

Masalahnya kita la. Kita promosi bagai nak rak, tup tup barang dah tak ada. Nak kena padam semua posting-posting sebelum ni satu kerja la kan. Dah la adat meniaga di faecbook personal ni tak ramai yang suka sangat. Menyemak wall katanya. Memang kalau terkena macam ni jadi dwon sangat-sangat.

Lama-lama saya pun cari solusi macam mana nak selesaikan cara ni dan jadi lebih profesional. Alhamdulillah cara mudah yang saya tak pernah terfikir sebelum ini, saya buat dan bisnes saya senang nak berkembang dan stabil. Paling best tau tak apa? Owner produk yang cari saya untuk jualkan barang dia. Bukan macam awal-awal dulu saya yang tercari-cari nak jual produk apa.

servis buat web ecommerce

SAYA KONGSI CARA MUDAH & PROFESIONAL INI DENGAN ANDA

Saya pasti jika anda buat dengan konsisten dan dengan teknik yang betul. Bisnes anda akan berkembang dengan cepat dan tahan lama. Cara ini saya guna sekian lama dan Alhamduillah bertahan lebih 10 tahun dan saya dah jalankan banyak perniagaan di internet tanpa orang kenal siapa saya. Macam-macam nama saya gunakan tanpa perlu kenalkan nama saya. Sebab apa? Sebab orang kenal JENAMA saya. Inilah yang anda perlu buat.

BESARKAN JENAMA ANDA

Bila sebut jenama atau brand nanti ada silap faham yang saya suruh buat produk pula. Tak perlu. Buat jenama anda sendiri guna website. Contohnya, Sitisorrayaa.com , MuhammadJamal.com, Kasimbaba.com, Kedaimurahsangat.com, dan macam-macam lagi jenama yang ada boleh cipta untuk anda kembangkan. Jadi, tak kira apa sahaja produk yang anda jual, anda fokus kepada kembangkan jenama anda. Apabila tiba-tiba ada produk yang bermasalah, bila-bila masa sahaja anda boleh buang dan cari yang baru.

Orang tidak kenal anda sebagai Siti Susu Kambing Aminah lagi dah. Orang akan kenal jenama yang anda kembangkan. ‘Kalau nak dapatkan Susu Kambing Aminah, boleh dapatkan di SitiSorrayaa.com, ada diskaun hebat harini sahaja’. Contoh la. Faham kan?Bayangkan bila jenama anda dah besar, pasti berpusu-pusu owner produk nak anda jual. Paling best bila ada boleh dropship dengan harga stokis. Fuh! ini yang saya dah pernah rasa tau.

WEBSITE E-COMMERCE

Website e-commerce memang sesuai untuk anda yang suka dropship macam-macam barang. Kalau anda ada web ecommerce, orang tak akan tau pun yang anda hanya dropship je semua barangan di store anda. Sebab apa? Sebab orang lebih yakin dan percaya kerana kelihatan lebih profesional. Untuk makluman, kami juga ada tawarkan servis buat website e-commerce untuk anda yang berminat.

Website e-commerce yang lengkap dengan payment gateway, siap link ke facebook page dan whatsapp memang bakal menjadikan perniagaan anda lebih profesional. Melalui web e-commerce ini juga anda boleh terus lancarkan facebook ads menggunakan platform facebook woocommerce. Memang terbaik. Digabungkan dengan marketing yang berterusan di group-group facebook seperti yang anda pernah buat dulu, memang akan memudahkan kempen pemasaran anda nanti.

 

BAGAIMANA NAK BESARKAN JENAMA?

Nak besarkan jenama semestinya perlukan masa dan teknik yang betul. Banyak teknik untuk kita besarkan jenama dengan mudah. Walaubagaimanapun, pastikan anda ada jenama anda terlebih dahulu, itu step pertama. Kalau tak lepas yang itu, macam mana nak ke step seterusnya kan?

InshaaAllah saya akan bagi tips bagaimana nak kembangkan jenama dengan kos yang murah atau tanpa kos lansung nanti.

ONLINE-KAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG!

Online-kan perniagaan dan jenamakan 'brand' anda di internet sekarang dengan kami. Upah kami buat website profesional anda harini.

Idea Menarik Untuk Peniaga Makanan Semasa Dan Selepas Gelombang Covid-19

Selamat Sejahtera semua. Ini adalah idea menarik untuk peniaga makanan online. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang solusi terbaik untuk peniaga makanan menghadapi situasi semasa dan selepas covid-19 ini, kami ingin ingatkan sesuatu pada anda semua....

Alternatif Baru Untuk Peniaga Makanan

Pada tahun 2020 ini, ketika seluruh dunia dilanda virus Covid-19 sekarang ini. Dunia seakan-akan memaksa kita untuk jadi lebih maju. Lebih maju dengan kita terpaksa keluar dari norma biasa terutama sekali bagi para peniaga. Antara yang paling terkesan, tak lain tak...

Jenamakan Diri Anda Dengan Laman Web

Website dan penjenamaan memang tak dapat dielakkan lagi. Antara fungsi utama website adalah untuk menaikkan jenama anda. Tak kiralah jenama dari segi perniagaan ataupun diri sendiri. Untuk posting kali ini kita akan bincang-bincang berkenaan dengan penjenamaan diri...

Terpaksa Tutup Bisnes Sebab Tak Ada Website

Ini kisah benar tentang Azman. Azman kawan baik saya yang memang sangat rajin. Sebelum Azman rapat dengan saya di ada kisah silam yang sangat perit melibatkan perniagaan yang di jalankannya. Saya kongsikan kisah Azman ini sebagai pedoman pada pemilik bisnes di luar...

Tak ada produk sendiri pun patut ada website

'Saya tak ada produk sendiri, meniaga barang orang je.Tak perlulah website ni'. Ini mungkin kata hati anda yang berniaga guna platform online. Posting kali ini kami tujukan khas buat ejen dropship atau ejen produk di Malaysia yang saya kami rasa ketika ini sedang...

Semua Orang Perlu Ada Website Sendiri?

Website atau laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing pada zaman teknologi kini terutama kita sekarang sudah di tahun 2020. Ramai di antara kita yang dah sedar atau tahu yang website merupakan suatu tools atau platform yang sangat penting. Dunia kita pada hari...