Ini kisah benar tentang Azman. Azman kawan baik saya yang memang sangat rajin. Sebelum Azman rapat dengan saya di ada kisah silam yang sangat perit melibatkan perniagaan yang di jalankannya. Saya kongsikan kisah Azman ini sebagai pedoman pada pemilik bisnes di luar sana supaya prkara yang dah terjadi pada Azman tidak berlaku pada anda.

Azman seorang yang rajin, memiliki idea yang sangat kreatif dan bercita-cita besar. Betapa rajinnya Azman ini sampaikan sejak waktu belajar dia buat macam-macam kerja. Waktu belajar degree di universiti tempatan, dia kerja part time sebagai rider mcdelivery. Duit hasil kerja part time dilaburkan semuanya untuk berniaga. Waktu itu dia sangat aktif jadi ejen produk-produk dari owner produk tempatan. Disebabkan Azman memang pandai menguruskan perniagaan di facebook, apa sahaja produk yang dia jadi ejen mesti meletop punyalah. Sebab Azman ni memang terer bab FB ADS ni. Instagram pun power woo.

Dipendekkan cerita, lepas dapat ijazah. Azman buat keputusan nak berniaga full time. Dia nak jadi usahawan yang berjaya. Semua hasil keuntungan Azman dilaburkan untuk perniagaannya. Berbeza kali ini, Azman dah tak jual produk orang lain.Dia buat produk sendiri di kilang OEM dengan idea dan ramuannya sendiri. Nak pergi lebih jauh katanya. Apa yang hebatnya, ramuan yang digunakan memang hasil turun temurun dari warisan nenek moyangnya. Memang meletop la bisnes Azman time tu. Bulan pertama je dah untung berpuluh-puluh ribu.

TAK ADA WEBSITE

Malang tidak berbau. Betul, saya setuju sangat. Saya tidak pernah bau malang macam mana. Bulan keenam Azman jumpa saya dengan muka yang sedih dan pilu. Saya hairan juga,bisnes letop sebulan dah puluh ribu, 6 bulan mesti dah jutawan. Saya baru bercadang nak ‘pow’ sikit dia belanja makan ke belanja shopping kasut baru ke. Tapi rupanya malang menimpa Azman.

Azman mengaku bisnes produk yang dia buat meletop habis. Teknik ads murah yang dia gunakan memang menjadi. Katanya labur ads 50 hengget je sehari tapi sales ribu-ribu. Tak menang tangan nak membungkus parcel sampai terpaksa ambil lepas 10 orang staff untuk handle. Tapi bulan ke-5 bisnes Azman terus drop. Bisnes drop sampai Azman dah ‘down’ nak meniaga. Saya tanya la dia, AWAT NI BRO? ADA MASALAH HABAQ LA.

Azman pun bercerita satu-satu dengan saya sambil mengusap-usap air matanya. Saya nak offer sapu tangan pun tak boleh la jantan sama jantan. Nampak gay sangat plak nanti. Apa yang saya boleh buat hanya dengar sahaja rintihannya sambil-sambil sedut vape perisa Naim Flava Tobacco Vanilla. Fuh! MolokekkK!

 

UPAH BUAT WEBSITE

Ceritanya macam ini, Azman ni jual jamu. Jamu dia nama JAMU AWEK BERGETAH. Memang laris jamu ni. Bukan awek sahaja yang suka jamu ni, makcik-makcik dan ‘awek jadian’ pun suka jamu ni. Yelah kan, jamu dari ramuan tradisi nenek moyang mestilah power! Repeat order mencanak-canak katanya. Tak sampai sebulan pelanggan dah repeat order. Ejen dia pun bersusun-susun. Ramai sangat.

Apa yang tak sedap didengarnya ialah, ada individu yang ambil kesempatan dengan produk Azman yang tengah meletop kat pasaran. Produk tengah naik mesti ada yang cuba nak tumpang makan. Kalau tumpang makan kongsi tak apa lah. Ini sampai merosakkan bisnes orang pula.

Produk Jamu Azman telah ditiru oleh individu terbabit. Produk tersebut dibuat ramuan yang sama dan packaging yang sedikit berbeza. Azman warna Biru, dia buat warna Merah. Perkara itu menjadikan bisnes Azman semakin hari semakin menurun. Dia pun cuba selidik di mana silapnya. Rupa-rupanya baru dia perasan yang ada orang tiru produk dia buat. Sebab itulah sales slow, harga pula dijual lebih murah. Yelah, tak perlu buat promosi sangat sebab produk dah meletop kan. Buang harga je lah terus laris jualan barang tiruan tu.

Apa yang membuatkan keadaan jadi lebih teruk adalah individu terbabit mendaftar domain JAMUAWEKBERGETAH.COM dengan upah buat website profesional untuk produk tiruan tersebut. Individu tersebut pula membuat statement di website profesional untuk produk tiruan itu dengan mengatakan produknya adalah original. Warna Biru tiruan, Merah yang Original. Habis lah lari ejen-ejen Azman yang tak pernah kenal dengan Azman. Yang rapat tau lah dia owner sebenar.

Sejak itu lah bisnes Azman mula merosot dan bisnes orang yang meniru itu pula yang buat keuntungan. Sehinggakan Azman terpaksa menutup bisnes beliau kerana dituduh menjual produk tiruan.

Ya tuan-tuan. Azman hampir-hampir terpaksa menutup terus bisnesnya. Sebab Azman tak ada sebarang bukti untuk buktikan produknya Asli. Sebab bahan yang digunakan kedua-dua produk adalah sama. Azman pula tidak ada website. Orang lain yang ambil kesempatan pula membuat keuntungan.

 

web design malaysia

Kesimpulannya, moral yang kita boleh gunakan sebagai pedoman dari kisah Azman ini adalah Jenamakan Perniagaan di Internet, website ada itu sebagai ‘secure’ untuk jenama anda. Tidak kisah lah anda hendak buat sendiri website anda atau upah buat website yang lebih profesional. Apa yang penting anda kena lock domain brand anda.

Alhamdulillah sebenarnya Azman tidak jadi untuk tutup bisnesnya selepas Azman berjumpa dengan kami SAYANAK.WEBSITE. Apa yang kami boleh bantu dia waktu itu adalah buat website profesional Azman dengan menggunakan nama syarikatya sendiri dan menggunakan susun ejen-ejen yang menjadi tulang belakangnya untuk buat website guna TLD atau extension yang berbeza. Dengan marketing yang berterusan dari website ejen-ejen Azman, para pelanggan boleh nampak yang mana satu produk original yang sebenar. Akhirnya, produk tiruan tersebut pula kehilangan jualan dan tidak lagi meneruskan aktiviti jualannya menggunakan nama produk Azman.Syukur

 

Disclaimer : Kisah sebenar tanpa mengaibkan sesiapa. Nama hanya rekaan.

ONLINE-KAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG!

Online-kan perniagaan dan jenamakan 'brand' anda di internet sekarang dengan kami. Upah kami buat website profesional anda harini.

Idea Menarik Untuk Peniaga Makanan Semasa Dan Selepas Gelombang Covid-19

Selamat Sejahtera semua. Ini adalah idea menarik untuk peniaga makanan online. Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang solusi terbaik untuk peniaga makanan menghadapi situasi semasa dan selepas covid-19 ini, kami ingin ingatkan sesuatu pada anda semua....

Alternatif Baru Untuk Peniaga Makanan

Pada tahun 2020 ini, ketika seluruh dunia dilanda virus Covid-19 sekarang ini. Dunia seakan-akan memaksa kita untuk jadi lebih maju. Lebih maju dengan kita terpaksa keluar dari norma biasa terutama sekali bagi para peniaga. Antara yang paling terkesan, tak lain tak...

Jenamakan Diri Anda Dengan Laman Web

Website dan penjenamaan memang tak dapat dielakkan lagi. Antara fungsi utama website adalah untuk menaikkan jenama anda. Tak kiralah jenama dari segi perniagaan ataupun diri sendiri. Untuk posting kali ini kita akan bincang-bincang berkenaan dengan penjenamaan diri...

Terpaksa Tutup Bisnes Sebab Tak Ada Website

Ini kisah benar tentang Azman. Azman kawan baik saya yang memang sangat rajin. Sebelum Azman rapat dengan saya di ada kisah silam yang sangat perit melibatkan perniagaan yang di jalankannya. Saya kongsikan kisah Azman ini sebagai pedoman pada pemilik bisnes di luar...

Tak ada produk sendiri pun patut ada website

'Saya tak ada produk sendiri, meniaga barang orang je.Tak perlulah website ni'. Ini mungkin kata hati anda yang berniaga guna platform online. Posting kali ini kami tujukan khas buat ejen dropship atau ejen produk di Malaysia yang saya kami rasa ketika ini sedang...

Semua Orang Perlu Ada Website Sendiri?

Website atau laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing pada zaman teknologi kini terutama kita sekarang sudah di tahun 2020. Ramai di antara kita yang dah sedar atau tahu yang website merupakan suatu tools atau platform yang sangat penting. Dunia kita pada hari...