SAYA NAK WEBSITE

Website Syarikat / Korporat

Syarikat kecil, Enterprise tak perlu website?
Bisnes saya offline di kedai, tak perlu website?
Syarikat saya baru je mula, tak perlu website?

Mengikut statistik, lebih 100,000 syarikat di Malaysia tidak mempunyai apa-apa data di atau jejak di google. Ini belum cakap pasal website, jejak langsing tak ada. Ini mungkin kerana ramai pengusaha atau pemilik syarikat Sdn Bhd mahupun Enterprise tidak mengetahui manfaat laman web untuk syarikat mereka.

Laman Web – Secure Your Company Brand

Laman web bukan untuk syarikat yang menjalankan perniagaan online sahaja. Zaman sekarang, laman web merupakan salah satu ciri penting yang mesti ada jika anda menubuhkan syarikat. Website sepatutnya benda paling utama anda patut fikirkan jika ingin menubuhkan syarikat. Ini kerana ia akan menjaga jenama anda.

Bayangkan jika ini berlaku pada anda..

Anda ada syarikat yang menjalan perniagaan kedai kek secara offline di kedai anda… Andaikan nama kedai atau syarikat anda itu – Kedai Kek SISTIMAH yang diuruskan oleh SISTIMAH SDN BHD. Anda kerja kuat untuk memajukan syarikat anda tersebut. Siang malam kerja tak henti-henti. Beribu-ribu ringgit di habiskan untuk marketing di billboard, surat khabar, radio sehinggalah syarikat anda itu dikenali ramai.

Tiba-tiba anda lihat di google ada orang lain menjadi pemilik kepada laman web SISTIMAH.COM menjual pelbagai jenis kek secara online. Sudah pasti ramai yang mengenali jenama anda itu keliru atau ingatkan laman itu milik anda, kemudian membelinya di situ. Dan lebih menyedihkan jika perniagaannya itu tidak ada kena mengena dengan bisnes anda. TIdak kiralah sama ada ia secara tidak sengaja ataupun memang laman web tersebut dibina untuk mencuri pelanggan anda.

Tentu rugi bukan? Anda nak salahkan pemilik laman web tersebut juga tak boleh. Sebab di internet, laman web merupakan hartanah. Pemilik website umpama pemilik bangunan di dunia sebenar. Sebab itulah setiap perniagaan atau company memerlukan website khas. Di samping dari secure jenama anda dari dimiliki orang lain, atau dirosakkan orang lain, ia juga mempunyai pelbagai manfaat lain seperti menjadikan syarikat anda lebih profesional dan marketing yang lebih berkesan.

syarikat

Perkongsian informasi lebih tersusun dan profesional

Company yang memfokuskan pada servis atau perkhidmatan biasanya mengabaikan manfaat website ini. Syarikat seperti ini sepatutnya menggunakan laman web yang melampirkan setiap perhidmatan yang mereka tawarkan dengan lengkap dan profesional di website. Walaupun syarikat anda kecil atau baru.. dengan laman web yang cantik, kemas dan profesional, bakal pelanggan akan melihat syarikat lebih besar dari sepatutnya. Ini bakal menaikkan lagi kredibiliti syarikat anda.

Boleh digunakan sebagai profil syarikat

Website juga boleh digunakan sebagai profil syarikat. Malah ia lebih lengkap dari profil syarikat yang anda print di kertas A4. Ada beberapa bank di Malaysia sudah mensyaratkan website ketika memohon pinjaman perniagaan. Ini kerana bank akan lihat anda lebih profesional dan serius dalam perniagaan. Sebab itulah anda sangat memerlukan laman web perniagaan jika anda ada perniagaan hari ini.

Tanya tak kena bayar

JANGAN RISAU, HARGA BOLEH BINCANG

Whatsapp kami tentang website yang anda impikan

error: Content is protected !!